Sulit
4 tahun
Bahagian celah kangkang akan menggelupas selepas habis period
Bahagian celah kangkang akan menjadi kering dan menggelupas selepas darah period kering… Perkara ini terjadi dalam 2-3 bulan ini… Setiap kali period habis bahagian tersebut akan kering dan menggelupas dalam 2-3 hari… Adakah bahagian tersebut elergik dengan darah kotor atau elergik dengan pad yg sy pakai? Bahagian tersebut tidak gatal tetapi hanya kering dan menggelupas sahaja… Menggelupas di bahagian yg terkena darah semasa period… Semasa period bahagian tersebut tidak menggelupas tetapi setelah darah habis ianya akan kering dan menggelupas
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Sukar untuk saya membuat kesimpulan mengenai masalah anda. Sekiranya ia disebabkan pad atau darah haid anda, seharusnya dari sepanjang haid anda akan mengalami masalah ini.
Namun begitu, masalah ini boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
Menggunakan sabun yang mengeringkan
Allergi
Penggunaan baju yang ketat
Jangkitan kulat
Psoriasis
Sekiranya masalah ini berlarutan atau menganggu kualiti hidup anda, saya sarankan untuk anda merujuk masalah ini kepada doktor. Hal ini kerana, bagi mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan harus dijalankan sebelum diagnosis yang tepat boleh dibuat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.