
Anonymous
5 tahun
Bahagian dada sebelah kiri
Saya lelaki yg berusia 29 tahun. Saya selalu merasakan nyeri di dada bahagian kiri. Adakah ini dikaitkan dengan sakit jantung?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Sakit dada disebelah bahagian boleh berpunca daripada beberapa faktor seperti:
- Sakit otot dibahagian dada
- Jangkitan paru-paru
- Kayap
- Jangkitan pada buah dada
- Sakit koronari jangtung
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.