
Anonymous
6 tahun
Bahagian itim bengkak
Doktor,boleh terangkan kenapa bahgian clitoris isteri saya bengkak?menjadi besar,punca adalah disebkan dye mengalami kegatalan dan luka di situ.Tidak boleh bergerak aktif kerana berasa sakit dan juga tidak boleh melakukan hubungan suami isteri kesan daripada bengkak itu.Boleh doktor terangkan apa ubat yang sesuai?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh isteri anda. Untuk makluman anda, antara punca-punca yang menyebabkan kegatalan faraj adalah seperti:
- Peluh berlebihan
- Kesan Allergi/ Iritasi kulit terhadap serbuk pencuci kain, produk feminin, pakaian ketat dan sebagainya.
- Jangkitan kulat
- Keadaan kulit seperti Eczema, Psoriasis
- Penyakit kelamin
- Kudis buta
- Jangkitan kutu di bahagian kemaluan
- Kencing manis
- Menopause
Untuk mengetahui punca masalah yang dihadapi dan rawatan yang paling bersesuaian, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, isteri anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.