
Sulit
5 tahun
Bahagian kanan kepala sakit
Saya berumur 20 tahun… sejak tahun lepas saya mengalami sakit kepala… tapi ia hanya belah kanan sahaja. Kadang2 sampai tahap telinga dia serang. Saya cuba tidur utk melega, menjadi! Bila pusing ke kanan… kalau pusing ke kiri ketika tidur 2 kali ganda dari sakit belah kanan tadi… cuma yang aneh adalah ia berlaku selepas pukul 1 ptg, macam 1:15 hingga ia lega sendiri… kalau boleh tahu… apa puncanya? Bagaimana boleh berlaku? Apa pula cara mengatasi nya…
Terima kasih!

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sakit kepala yang anda berikan boleh disebabkan:
- Migrain - kebiasaannya migrain akan menyebabkan sakit kepala pada sebelah bahagian
- Sakit kepala sinus atau berkelompok
- Sakit mata seperti glaukoma, rabun
- Jangkitan dalam kepala
- Pendarahan dalaman kepala
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma)untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.