
Sulit
4 tahun
Bahagian kepala zakar bengkak tp xsakit
saya lelaki 32 thn sya br2 ni p sunat dlm 2 bulan semua dh ok luka dh ok so sya mula blik krja lps tu mula nmpk btg je bgkak bhgian bwah kepala ye tengkok…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi seperti:
- Jangkitan pada luka
- Inclusion cyst adalah sista yang berlaku disebabkan pengumpulan smegma pada luka
- Keloid disebabkan pemulihan yang tidak normal
- Meatitis iaitu jangkitan pada lubang zakar
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah