
Sulit
4 tahun
Bahagian lutut kiri bahagian dalam belah kanan
Hi doctor. Saya umur 21 tahun. Dan semalam saya berfutsal dan saya play as goalkeeper. Dan kejadian nya semasa saya merebahkan badan saya dayakan dengan kaki kiri dan lutut kiri bahagian dalam (bahagian kanan lutut kiri) berbunyi. Selepas tu lutut mula rasa kebas. Pagi ni sakit nya memang teramat doc. Jadi boleh doc terangkan kesannya dan cara memulihkannya doc. Hargai dan terima kasih doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Cedera, misalnya cedera pada tulang rawan dan kerosakan tendon atau ligamen.
- Sukan yang berlebihan
- Berat badan yang berlebihan
- Trauma
- kekurangan zat besi dan kalsium
- tidak cukup rehat
- rapuh/hakisan tulang
- Radang sendi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan segera kerana anda menyatakan bahawa terdapat bunyi semasa anda jatuh. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.