Anonymous
6 tahun
Bahagian miss v saya pedih dan berbiji seperti jerawat
Saya 26 thn mengalami masalah di miss v saya tumbuh biji2 seperti jerawat dan sgt pedih seperti luka… Bnyk biji2 dan pedih bila kena air
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, jerawat di faraj boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Folliculitis - akibat peradangan folikel rambut
- Dermatitis - peradangan lapisan kulit akibat kontak dengan benda alahan ataupun akibat penggunaan sabun dan sebagainya
- Hidradenitis supurativa masalah biang peluh
- Akibat jangkitan seperti virus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.


































