ujangtowingbera
6 tahun
Bahagian pipi sebelah kiri selalu bergoyang
Saya berusia 40an masalah sudah masuk ke tahun ke 3.dimana pipi atau mata sebelah kiri saya selalu bergetar menyebabkan kelopak mata saya akan menjadi seolah2 tidak boleh dibuka secara biasa.bila bercakap kadang mendatangkan masalah buat saya…minta penjelasan doktor dan apakah jalan penyelesaian yang harus saya buat…terima kasih doktor
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, terdapat kemungkinan anda mengalami masalah pada saraf atau otot muka anda. Namun, perkara ini perlu diperiksa dengan lebih teliti dan beberapa ujian mungkin diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Sila rujuk kepada doktor bagi menyelesaikan masalah ini.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami bagi mendapatkan nasihat tentang perkara tersebut. Terima kasih




































