
herokeyystopper
5 tahun
Bahagian psikitiari mental
sy lelaki brumur 25 tahun. dan sy rasa mungkin sy alami depresi,stress di tempat kerja. senior tempat keje sy yg slalu attack sy. dan sy nk dptkan rwatan. sbb sy dh ada kemurungan,pendiam, suka bersendiri. if dpatkan rawatan adakah sy akan diberi rawatan kaunseling? sy sudah memdapatkan surat rawatan utk ke hospital. dari segi rawatan adakah dia akan buat pemeriksaan fizikal? sbb sy pun ada mencederakan diri sndiri adakah procedure kena ambik darah? sbb sy takut dgn jarum.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, depresi atau kemurungan adalah satu diagnosis yang boleh ditegakkan oleh seorang doktor pakar psikiatri. Merujuk kepada keluhan-keluhan yang anda rasai, kemungkinan apa yang anda hadapi adalah salah satu daripada keadaan dibawah seperti:
- Gangguan penyesuaian juga dikenali sebagai adjustment disorder
- Keresahan dan kebimbangan umum juga dikenali sebagai anxiety
- Gangguan hormon seperti tiroid
- Masalah kekurangan vitamin seperti vitamin B
- Akibat sesetengah jenis ubat-ubatan
- Penyakit autoimun dengan gejala mirip kemurungan
- Kemurungan
Memandangkan anda juga mempunyai riwayat mencederakan diri sendiri, ketahuilah bahawa untuk setiap penyakit yang tersenarai diatas, ada ubatnya. Buat masa ini, anda adalah digalakkan untuk meneruskan dengan rawatan ke hospital tersebut agar dapat diberikan diagnosis yang benar seterusnya pengubatan dan terapi dapat dimulakan dengan segera. Hal ini adalah penting untuk diatasi agar masalah tidak memburuk dimasa hadapan. Disamping itu, seandainya anda berasa memerlukan sahabat atau teman untuk berkomunikasi, silakan menghubungi Befrienders Kuala Lumpur di talian 603-79568145 secara percuma dan sulit.
Dari segi pemeriksaan, ia adalah bergantung kepada keluhan yang anda alami. Memandangkan kesihatan psikiatri adalah merangkumi kesihatan fizikal, mental dan rohani, justeru pemeriksaan fizikal boleh dijangka. Rawatan untuk penyakit psikiatri juga terdiri atas ubat-ubatan, psikoterapi, kaunseling dan sebagainya. Justeru, ia adalah menyeluruh dan boleh membantu anda dari setiap genap segi.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.