
Sulit
5 tahun
Bahagian sulit terasa ngilu
saya wanita dalam usia 20 an. masalah saya ialah bahagian sulit saya terasa ngilu apabila mahu membuang air kecil and kerap kerap buang air kecil. kadang kadang terasa pedih masa buang air kecil.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah kencing pedih boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan saluran kencing (UTI)
- Penyakit kelamin
- Kecederaan pada kulit kawasan saluran kencing
Buat masa ini, anda digalakkan untuk minum banyak air kosong agar kerap kencing sekali gus menyingkirkan bakteria punca jangkitan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana jangkitan boleh merebak ke dalam saluran kencing. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.