
Sulit
3 tahun
Bahagian tapak kaki gatal
Kering dan merah, kulit serta gatal jika disapu dengan antifungal. Perlukah mengambil antibiotik?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan pemahaman saya, anda mengalami masalah tapak kaki gatal, kering dan merah lebih-lebih lagi bila disapu dengan krim anti-fungal. Anda sekarang ingin yahu jika anda perlu mengambil antibiotik. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, simptom yang anda nyatakan adalah gejala umum bagi infeksi fungus pada kaki. Gejala ini lebih teruk apabila memakai kasut pada waktu yang lama hingga menyebabkan peluh yang teruk pada kaki.
Krim anti-fungal seperti Clotrimazole selalunya memakan masa 1 hingga 2 minggu untuk melihat sebarang perubahan. Krim ini perlu disapu menggunakan sarung tangan, sapu secara nipis dan elakkan dari menggunakan stokin secepatnya setelah krim digunakan. Bagi masa untuk krim sedikit kering dan sering menjaga kebersihan kasut dan kaki.
Jika masalah anda tidak berkurang, saya syorkan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!