Anonymous
5 tahun
Bahagian tengah leher bengkak
Saya berusia 27 tahun. Saya ada masalah leher bengkak selepas beberapa kali ditegur oleh kawan2 saya. Saya berpendapat saya cuma mengalami berat badan naik & lemak di bahagian leher. Tapi apabila saya memerhati cermin leher saya memang bengkak tanpa rasa sakit apa2 pun. Adakah penyakit ini berbahaya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Masalah bengkak pada leher boleh berlaku kerana:
- Masalah tiroid goiter (hiper atau hipo-tiroid)
- Thyroglossal cyst (Sist tiroglossal)
- Radang nod limfa
- Sist brankial (Branchial cyst)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
































