
Sulit
5 tahun
Balik dari sidangan US disah 2 penjangkit covid19
Saya balik dari Tokyo dan US 10 hari dulu. Selepas tu, Saya voluntary self quarantines kat rumah selama 10 hari. Hari ini saya mendapat tahui bahawa ada dua orang disah covid 19 selepas balik dari US yang menghadiri sidangan sama saya. Dada saya rasa sakit sehingga bahu dan tangan lengan atas. Tiada demam , batuk atau kesukaran pernafasan sekarang. Perlu kah saya pergi buat uji covid 19? Di mana saya boleh kunjungi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Berdasarkan penerangan diatas, saya dapati anda merupakan kontak rapat bagi individu yang positif untuk COVID-19.
Oleh hal yang demikian, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Memandangkan anda merupakan kontak rapat bagi kes positif COVID, anda digalakkan untuk melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini dengan kadar segera. (Designated Hospital for COVID-19). Pastikan anda menggunakan topeng muka ketika keluar dari rumah dan mengamalkan etika batuk.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih dan semoga anda sentiasa sihat.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini