
Sulit
4 tahun
Bangun Malam Untuk Buang Air Kecil
Saya wanita berumur 34 tahun & masih belum berkahwin. Lately ni saya perasan saya sering terjaga waktu malam untuk buang air kecil. At least sekali saya akan terjaga untuk ke toilet. Baru terjadi dalam lebih kurang 2 minggu ni. Should I be worried about this? I read it could be one of the symptom of diabetics & it is worrisome to me. Please advice.
Thanks in advance!

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah kerap kencing ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Penyakit kencing manis
Terlalu banyak minum air
Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
Radang pada pundi kencing
Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
Pundi kencing terlalu aktif (Overactive Bladder)
Dapat anda lihat masalah kerap kencing ini bukan hanya merujuk kepada masalah kencing manis sahaja. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.