
Sulit
4 tahun
Bangun tidur nafas lemas
Assalammualaikum doktor… Baru terjadi delay saya tadi pukul 11.30mlm saya tersedar dari tidur… selepas saya tersedar dari tidur… saya rasa nafas saya macam lemas Salam kolam… tak ada nafas langsung… kenapa ya doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu rasasesak nafas ketika bangun tidur. Untuk makluman anda, gejala sesak nafas dapat disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- penyakit jantung koronari
- heart failure
- asma
- COPD
- pneumonia
- pneumothorax
- Pulmonary embolism
- alahan
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih