
Sulit
4 tahun
Bapa 76 tahun, Sakit dan sukar membuang najis selepas ikat buasir. Najis mengeras dan kesukaran membuang air kecil juga
Bapa saya, 76 tahun mengalami masalah sakit dan kesukaran membuang najis selepas melakukan prosedur ikat buasir 3 hari lalu. Anus sakit dan berdarah apabila meneran untuk mengeluarkan najis.Najis kering dan pembuangan air kecil juga tidak lancar. Beliau tidak selesa, kesakitan dan depressed akibat masalah ini. Adakah ini normal selepas melakukan prosedur? Jika ya, berapa lama biasanya keadaan akan kembali pulih seperti sedia kala? Perlukah masalah ini dirujuk semula kepada doktor yang berkaitan. terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit selepas ikat buasir.
Untuk makluman anda, selepas prosedur ikat buasir, ianya mungkin emngambil masa sehingga 10 hari untuk buasir tersebut tertanggal sendiri. Dalam tempoh ini, ia adalah biasa sekiranya anda mengalami gejala seperti:
- Ketidakselesaan perut
- Ketidakselesaan bahagian pembedahan
- Kembung perut
- Sakit perut
- Pendarahan yang sedikit
Biasanya selepas prosedur ini juga, Doktor akan memberi ubatan untuk melembutkan najis, ubat tahan sakit dan juga antibiotik. Saya sarankan anda untuk mengambil ubat tersebut dengan arahan yang betul. Sekiranya bapa anda masih mengalami sakit selepas mengambil ubat tahan sakit, dan najis masih keras selepas mengambil ubat pelembut najis, sila berhubung dengan doktor anda untuk selesaikan masalah sebegini.
Berikut saya kongsikan beberapa perkara yang patut diamalkan dalam tempoh ini:
- Tidak mengangkat benda berat
- Makan makanan yang berkhasiat dan sembang
- Lebihkan sayuran dan fiber dalam makanan
- Berjalan setiap hari dalam rumah
Sekiranya gejala yang bapa anda alami sekarang sangat mengganggu aktiviti harian, saya menasihatkan anda menghubungi doktor yang merawat.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.