Adham

6 tahun

Bapa saya menghidap kencing manis dan sakit buah pinggang tahap 3

Hai Dr. Bapa saya baru disahkan mengidap penyakit kencing manis dgn bacaan 11. dan buah pinggang tahap 3. selain dari menjaga pemakanan dan juga exercise, ubat apa yang bagus untuk merawat penyakit ini? Tq

Dr Ramzdhan,

6 tahun

Salam sejahtera.

Kencing manis secara amnya merupakan sejenis penyakit yang tidak boleh disembuhkan. Kencing manis yang tidak terkawal boleh menyebabkan komplikasi seperti sakit jantung, buta, kerosakan buah pinggang, kebas tangan dan kaki, luka yang sukar untuk sembuh dan sebagainya. Oleh itu, kawalan gula dalam darah adalah sangat penting untuk mengelakkan komplikasi kencing manis.

Untuk pesakit yang baru sahaja disahkan menghidap kencing manis dan bacaan gulanya adalah tidak terlalu tinggi, doktor akan memberi nasihat untuk mengawal guna menggunakan gaya hidup yang sihat. Pesakit hendaklah sentiasa mengamalkan pemakanan yang kurang gula, karbohidrat, minyak dan garam. Selain itu, pesakit perlu selalu bersenam dan kurangkan berat badan sehingga tahap yang sihat.

Jika cara ini tidak berkesan, doktor akan tambah ubat makan seperti metformin dan gliclazide. Ubat-ubatan ini boleh membantu mengurangkan gula dalam darah. Pesakit harus faham bahawa mereka tetap perlu menjaga pemakanan mereka dan bersenam walaupun mereka telah diberi ubatan. Ubatan sahaja tidak mampu merendahkan gula dengan berkesan di dalam badan kita.

Jika bapa anda telah menghidap penyakit buah pinggang tahap 3, ini bermakna bahawa bapa anda telah mengalami sakit buah pinggang yang agak serius. Oleh itu, bapa anda dinasihatkan untuk mengamalkan gaya hidup sihat, mengambil semua ubatan seperti yang telah diarahkan dengan doktor dan sentiasa patuh kepada jadual pemeriksaan kesihatan yang ditetapkan oleh doktor.

Dr Ilias,

6 tahun

Salam sejahtera. Terima kasih kerana bertanya.

Apabila diabetes telah terjadi, ini bermakna kawalan tubuh anda terhadap paras gula menjadi tidak normal, dengan tubuh tidak lagi bertindak balas terhadap insulin yang dihasilkan pankreas. Dengan itu, paras gula dalam darah akan sentiasa berada pada tahap yang tinggi dan keadaan ini boleh membawa kepada beberapa komplikasi.

Komplikasi pertama adalah bersifat mikrovaskular. Komplikasi jenis ini melibatkan mata, buah pinggang atau ginjal dan saraf saraf kecil. Kadar gula yang tinggi boleh merosakkan salur-salur darah yang kecil yang terdapat pada organ yang disebut. Selain itu, komplikasi makrovaskular pula lebih menggerunkan. Serangan jantung dan strok merupakan dua perkara yang boleh membawa maut dan penghidap diabetes mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat dua serangan ini sekiranya kadar gula dalam darah tidak dikawal.

Merujuk semula kepada soalan yang diajukan, secara amnya ubat yang terbaik yang boleh diberikan kepada pesakit yang menghidap diabetes dan sakit pinggang tahap 3 adalah bergantung kepada doktor yang merawat. Ini kerana rawatan untuk seseorang pesakit haruslah bersifat individualistic dengan mengambil kira semua faktor yang dimiliki pesakit tersebut.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)