
Sulit
5 tahun
Baran panas pada waktu malam
Saya wanita berumur 24 tahun. Semalam saya
mengalami masalah kesukaran tidur kerana terasa sangat panas. Kerap kali terjaga dan berasa panas dan jantung berdegup laju. Adakah ini tergolong kpd symptom masalah kesihatan atau ianya anxiety?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah badan panas terjadi apabila badan bertindak balas terhadap patogen atau jangkitan pada badan. Suhu normal badan ialah antara 36.5 ke 37.5 darjah selsius dan diperiksa samada di dalam mulut, ketiak ataupun di dalam lubang dubur. Demam atau badan panas boleh disebabkan oleh:
Demam denggi
Demam malaria
Jangkitan leptospirosis
Jangkitan tifoid
Tuberkulosis
Tonsilitis
Allergic rhinitis
Pharyngitis (Jangkitan di tekak)
Jangkitan di telinga (otitis media)
Masalah kebimbangan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.