Sulit
2 tahun
Baru berkahwin Dan Baru habis period .Pedih Dan berdarah semasa melakukan hubungan dengan suami
Saya wanita berumur 28 tahun. Saya mula period panda 25/9 dan habis period pada 1/10. Saya selalu period dalam 6 Hari sahaja. Pada hari ke -8 saya melakukan hubungan bersama suami, hari kedua kami menikah. Namun, terasa pedih dan berdarah sewaktu melakukan hubungan. Darah warna coklat. Darah yg Keluar dalam kuantiti yang sedikit Dan pedih namun perlu mengambil masa 2 hari utk hilang sepenuhnya.namun apabila saya ingin melakukan hubungan dengan suami,kembali rasa pedih Dan berdarah.apakah punca kepada masalah ini.adakah saya masih lagi period atau ini luka dalaman?.sekian.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda mengalami kesakitan selepas seks dan pendarahan. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa penyakit yang boleh menyebabkan gejala anda. Contohnya adalah:
- Jangkitan pada vagina
- Penyakit radang pelvis
- Endometriosis
- Penyakit serviks
- Penyakit kelamin (STD)
- Vaginismus
Berikut merupakan diagnosis umum. Kami tidak dapat memberikan nasihat rawatan atau diagnosis tepat kerana tiada sejarah kesihata, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal. Bagi maklumat lanjut, sila hubungi doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.