
Sulit
4 tahun
Baru habis period bolehkah bersama suami
Sy wanita 20an… sy BARu je habis period. Tapi masih ada sisa2 bewarna coklat2. Boleh kah sy bersama dngan suami? Ada kesan smpingan Tak? Bagaimana cara sy nak hilangkan sisa2 coklat tu? Tq

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Pastikan kebersihan tubuh anda dan pasangan sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Menurut pengetahuan umum (dari rakan sekerja) sekiranya anda seorang muslim, hubungan seks hanya boleh dilakukan sekiranya rahim dan faraj bertul-betul bersih daripada darah haid. Sisa berwarna coklat menunjukkan masih terdapat kesan-kesan akhir haid anda. Dari sudut perubatan pula, melakukan seks ketika wanita masih haid adalah tidak bersih dan boleh menyebabkan pelbagai jangkitan kelamin dan ketidakselesaan kepada wanita.
Saya menyarankan agar anda tidak meneruskan hajat untuk melakukannya sehingga haid anda benar-benar tamat. Dan sekiranya hendak melakukan perancangan keluaraga, adalah lebih baik berjumpa dengan doktor pakar bagi mendapatkan solusi yang lebih baik,
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.