
myrano89
5 tahun
Baru habis period tapi dalam waktu subur rasa macam nak period lg
Saya bru umur 30 tahun , last period saya adlah 16/7/19 tp sminggu dari lepas period saya rasa keadaan saya mcm nak dtg period lg. Hari ini sya dapati ada lendir brwarna cokelat dan perut saya rasa cramp mcm nk dtg period. Adakah sya mngandung @ mmng boleh trjadi period akn dtg awl dri tarikh yg spatutnya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, darah berwarna coklat yang keluar dari faraj anda boleh disebabkan:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.