
Sulit
4 tahun
Baru lps cabut gigi bongsu pada 4 hari lepas
Saya lelaki umur 21 thn mengalami kesakitan gusi slepas cabut gigi graham… dan terdapat serpihan gigi lama yang melekatt… dah seharian mengalami kesakitan yang smpi pening kpala . Apa patut saya buat doctor?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah sakit gusi ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keradangan pada gusi ( gingivitis )
- Jangkitan kuman
- Nanah gusi (gum abscess)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.