
Sulit
5 tahun
Baru lps haid tp kluar cecair hitam
Sy gadis berusia 34tahun dan belum berkahwin. Tarikh akhir sy datang haid adalah pada 21/11/2019. Kemudian pd 24/11/2019 sy ke negara yg cuacanya sejuk dan haid sy pun habis. Tetapi pd hari nie 10/11/2019, sy dapati ada cecair yg kluar selepas sy membuang air kecil. Sy terus pakai pad dan selepas 1 jam, sy dapati cecair tersebut berwarna hitam dan kering.
Adakah ini normal doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, darah haid berwarna coklat kehitaman yang keluar dari faraj boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Darah lama
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.