Sulit
5 tahun
Baru mengalami Keguguran
Saya bersetubuh dengan suami di awal usia kandungan dan keesokan harinya saya mengalami keguguran. Adakah saya akan hamil semula kerana saya bersetubuh sehari sebelum saya mengalami keguguran? Kerana ia akan jadi terlalu awal bagi saya yang baru keguguran
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan penerangan anda, kemungkinan untuk anda hamil adalah tipis kerana selepas implantasi telur berlaku, ia akan menghalang pengeluaran telur lain dari ovum. Oleh itu, tiada telur yang dihasilkan ketika itu untuk disenyawakan oleh sperma.
Berikut hanyalah jawapan dan penerangan ringkas bagi persoalan anda. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan yang diperlukan. Terima kasih.






























