Sulit

4 tahun

Basal Cell Carsinoma

Hi DoctorOnCall. Saya pernah menggunakan ruangan ini untuk mendapatkan pendapat mengenai penyakit ibu saya iaitu BCC. Dia telah menjalani pembedahan sebanyak 5 kali (2 minor, 3 major) termasuk radioterapi sebanyak 20 kali. Sekarang BCC menyerang kembali dan kali ini ia berada dikawasan berhampiran dengan mata. Buat masa ini, dia menggunakan krim aldara mengikut arahan yang terdapat pada kotak tersebut iaitu 5 kali seminggu selama 6 minggu. Persoalan saya, setelah dia menggunakan sebanyak 5 kali (seminggu) kawasan sekitar termasuk matanya membengkak. Adakah itu memang kesan sampingan penggunaan ubat tersebut? Boleh tak dia berhenti sementara ubat tersebut sehingga kesan bengkak itu menyusut? Ataupun dia perlu menghabiskan cycle 6 minggu sebagaimana yang ditetapkan. Terima kasih.

Dr Ramzdhan,

4 tahun

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditujukan.

Berdasarkan penerangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai penggunaan krim aldara terhadap gejala BCC yang merebak pada kawasan mata ibu anda. Untuk makluman anda, penggunaan krim Aldara ataupun dikenali sebagai (Imiquimod) hanya diindikasikan untuk:

  • Ketuat bahagian kelamin dan kawasan dubur
  • BCC yang kecil dan atas permukaan
  • Ketumbuhan khas BCC acitinic keratoses

Namun, untuk penjelasan bagi gejala mata membengkak setelah memakai krim tersebut, ia berkemungkinan besar disebabkan oleh kesan sampingan krim tersebut iaitu keradangan setempat disertai dengan kemerahan, kegatalan, kuit mengelupas, bengkak dan juga ulser.
Kami sarankan anda membawa ibu anda berjumpa dengan doktor dengan kadar yang segera sekiranya ibu anda mengalami :

  • Keletihan
  • Berat badan menurun
  • Demam panas dan pening kepala
  • Ketumbuhan benjolan pada bahagian leher.
  • Berpeluh malam dan selesma.

Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.

Untuk mengetahui jika ubat ini sesuai untuk anda ambil atau tidak, sila rujuk kepada pihak kami di link ini(DoctorOnCall EPharma) secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih

Doctor-Smiling

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)