
firdaus_suhaimi91
5 tahun
Batang kemaluan melecet
Hi, saya nk bertanya apakah sebab batang kemaluan sy melecet? Sblum melecet ada gatal2 area situ. Boleh ke kita sapu je krim luka pada bahagian itu? Dan satu lagi soalan, adakah normal kalau kita selalu minum air kosong dn kerap kencing?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Geseran pada seluar dalam
- Alahan pada produk
- Trauma
Ya, kerap minum air boleh menyebabkan kekerapan untuk kencing. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.