Sulit
6 tahun
Batang zakar membengkak
Saya lelaki berumur 24tahun . Sebelum batang zakar saya membengkak . Saya ada buat injection pada zakar dengan memasukkan minyak kelapa dara . Selepas pada itu zakar saya membengkak dan terasa sakit .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kondisi zakar membengkak setelah tindakan invasif seperti ini boleh jadi kecemasan kerana masalah berkaitan dengan alat kelamin ini memerlukan perawatan secepatnya. Sebaiknya anda segera melakukan kunjungan ke hospital dan diperiksa kerana dikhuatiri sekiranya lambat akan mempengaruhi rutin seksual anda di masa depan.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

































