
Sulit
3 tahun
Batang zakar mengecut apabila berdiri
hello Doktor…batang zakar saya mengecut apabila saya berdiri…dan ia akan kembali kepada normal apabila saya baring dan duduk…apakah yang menyebabkan itu berlaku? bolehkah saya mendapatkan rawatan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman pihak anda, ini merupakan keadaan yang biasa dan ia tidak memerlukan sebarang rawatan. Semasa anda berdiri, otot di sekitar pinggang anda akan tegang dan menyebabkan akar zakar anda tegang dan bergerak ke dalam sikit. Jika anda masih berisau, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor di hospital untuk mendapatkan pemeriksaan yang lebih lanjut.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor