
Sulit
5 tahun
Batik Dan sakit kerongkong seminggu tidak pulih
Bagaimana boleh atasi masalah ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera .Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah batuk dan sakit keronkong yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jangkitan bakteria/virus
Tekak luka akibat batuk
Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
Terlalu banyak menjerit atau bercakap
Kurang minum air
Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, sebab harus diketahui sebelum penyakit ini dapat diatasi. Namun begitu, berikut merupakan antara petua yang boleh diamalkan di rumah:
Mengamalkan madu
Bernafas dengan wap air panas
Halia
Berkumuh menggunakan air garam
Akan tetapi, sekiranya masalah anda berlarutan, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Kesimpulan mengenai punca masalah yang anda hadapi hanya dapat dibuat setelah maklumat lanjut diperolehi.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.