
Anonymous
6 tahun
Batu berkahak dan sesak nafas
sy menghidap batuk berkahak.skrg batuk sudah kurang tapi kahak masih pekat sehingga sesak nafas bila membuat akfiviti…ubat apa yg perlu sy beli di farmasi

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat beberapa punca kahak pada tekak. Ia sebenarnya merupakan salah satu mekanisma perlindungan pada lapisan tekak manusia. Namun ia juga boleh menandakan masalah lain.
Antara penyebab kahak adalah:
- Merokok
- Kurang minum air
- Persekitaran berhawa dingin dan kering
- Minuman seperti kopi, teh atau alkohol
- Jangkitan kuman
- Terdedah kepada allergen seperti bahan kimia atau habuk
- Radang tekak
- Makan makanan pedas, berlemak atau berminyak
- Lendiran dari rongga hidung yang turun ke tekak “post nasal drip”
Anda juga boleh mendapatkan ubat batu jenis “expectorant” bagi membantu pengeluaran kahak berlebihan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan andalah diperlukan. Oleh itu saya sarankan anda untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara atas talian bagi konsultasi peribadi. Sila klik pada link (DoctorOnCall) ini untuk berhubung dengan doktor kami. Terima kasih.