
Sulit
4 tahun
Batu Karang Di Buah Pinggang
Hi Doktor… Saya menghadapi situati dimana terdapat 2 batu karang berada di bahagian atas dan bawah buah pinggang (selepas merujuk pd doktor). Adakah dengan pengambilan jus epal hijau boleh melembutkan batu karang tersebut selain daripada pengambilan ubat pecah batu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, tiada larangan untuk minum jus epal bagi masalah yang anda alami disamping mengambil ubat yang diberikan doktor. Namun cara terbaik adalah dengan perbanyakkan minum air kosong dan pengambilan ubat disamping mengelakkan pengambilan teh, coklat dan kopi. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.