Sulit
3 tahun
Batu karang hempedu boleh kah saya berpuasa
saya wanita berumur 33 tahun dan setahun yg lalu doktor sahkan saya ada batu karang hempedu, jadi soalan saya boleh tak saya berpuasa? ada rasa sedikit sakit di kawasan perot jika saya berpuasa
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Menurut pandangan saya, anda boleh berpuasa jika keadaan fizikal anda kuat dan stabil. Ia juga harus mendapat pertimbangan serta kebenaran daripada doktor yang merawat anda. Beberapa perkara yang patut dititikberatkan oleh pesakit batu karang hempedu adalah seperti:
- Pesakit perlu tetap mengambil ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor ketika sahur dan berbuka.
- Ketika berbuka, elakkan memakan makanan yang mengandung kandungan lemak yang tinggi
- Minum banyak air sama ada waktu berbuka dan sahur.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan pihak kami secara peribadi bagi mendapatkan penerangan lanjut. Terima kasih