
Sulit
4 tahun
Batu karang yang menyebabkan saya sakit di pinggang . dan saya takut nak bagitahu pad takut nak bagitahu ibu saya
saya remaja berumur 14 tahun . saya anis .semalam anis ada tahan kencing . keesokan paginya , saya berasa sakit di pinggang . adakah itu tanda tanda batu karang ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi pada masa ini. Untuk maklumat anda, selain masalah batu karang yang menyebabkan sakit di bahagian pinggang, terdapat beberapa sebab lain seperti:
- Endometriosis atau adenomyosis
- Ovrian torsion
- Ovarian cyst
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory disease)
Selain itu, antara tanda-tanda penyakit batu karang di saluran kencing adalah:
- Sakit di bahagian pinggang atau bahagian tepi abdomen dan belakang (bergantung pada lokasi karang tersebut)
- Kencing anda boleh bercampur dengan darah ataupun tidak (bergantung kepada saiz karang tersebut)
- Kencing yang sakit
- Kencing yang tidak lawas disebabkan karang menghalang laluan kencing
Buat masa ini kami sarankan anda untuk memantau gejala dan keadaan anda. Sekiranya keadaan semakin teruk dan anda demam, sila berjumpa dengan doktor segera.
Jika anda masih mempunyai soalan, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk mendapatkan penjelasan yang lebih mendalam daripada doktor kami. Terima kasih.