
Sulit
4 tahun
Batu kemaluan terasa senak
Saya lelaki berumur 20 tahun dan merasakan senak batu kemaluan apabila ia tegang dlm jangka masa tertentu ketika ia terangsang terhadap sesuatu perkara tu doctor .apakah msalah yg dihadapi

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah zakar sakit ketika menegang boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Peyronie’s Disease (apabila terdapat keradangan pada otot tisu zakar anda yang menyebabkan penghasilan tisu parut pada bahagian otot zakar)
- Priapism (zakar menegang dengan terlalu lama dan menyebabkan kesakitan akibat daripada kesan sampingan ubat-ubatan, penyakit darah beruk, gangguan mental, penyakit darah, penggunaan alkohol, kecederaan pada zakar atau saraf tunjang)
- Balanitis (jangkitan pada kulit zakar)
- Kecederaan pada zakar
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah