
Sulit
5 tahun
Batuk bangun dari tidur
Sy wanita umur 40tahun. baru2 ini doctor ada bagi tahu yg paru2 saya ada rosak sikit… Berparut 10%. Dan 2 hati ini batuk saya berdarah di waktu pagi saje kenapa yea

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Luka pada tekak akibat batuk berlebihan
Luka daripada rongga hidung mengalir ke tekak
Terdapat masalah pembekuan darah / darah cair
Pendarahan di dalam rongga paru-paru, saluran pernafasan atau perut
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.