Sulit
4 tahun
Batuk berdahak dan kerongkong selalu rasa tak selesa
hi doc, saya lelaki berumur 23tahun, dan saya mengalami batuk yg tak sembuh, saya rasa dh hampir 2tahun batuk saya tak hilang², tiap² hari minum ubat batuk pn, tpi semua macam tak ada kesan langsung, dan dahak saya pn kental semacam?, apa mksd dia ehh dokter?,
terima kasih,
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu batuk berpanjangan. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan, seperti:
- Penyakit asma - asma kerap menyerang pada waktu malam
- Asid refluks (gastrik) - asid perut yang memasuki saluran udara boleh menyebabkan refleks batuk berpanjangan
- Penyakit tibi
- Jangkitan saluran udara oleh virus disertai dengan kesan jerebu
- Kanser merebak ke paru paru
Sekiranya anda mengalami sesak nafas, batuk berdarah, demam atau muntah-muntah, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan dengan segera bagi menerima rawatan yang sesuai. Anda diminta untuk terus berjumpa dengan doktor berdekatan bagi membincangkan kondisi anda.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami dalam talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.

































