
idadaridah
2 tahun
Batuk berdarah berterusan
Saya berumur 30 an dan mengalami batuk berdarah berapa hari ni.adakah ia berkaitan dengan tumor saya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Untuk makluman pihak anda, batuk berdarah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Luka pada tekak akibat batuk berlebihan
- Luka daripada rongga hidung mengalir ke tekak
- Jangkitan paru-paru
- Terdapat masalah pembekuan darah / darah cair
- Pendarahan di dalam rongga paru-paru, saluran pernafasan atau perut
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor untuk mengetahui apakah ia berpunca daripada tumor anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.