
Anonymous
4 tahun
Batuk Berkahak berbuih putih
Assalamualaikum, saya wanita berusia 22tahun kini saya mengalami batuk berkahak hampir 3 minggu lebih. Adakah ia memudaratkan? Spesifikasi kahak berbentuk berbuih putih dan kekadang putih berketul. Adakah ia mengandungi kesan sampingan? Kini mengalami kurang selera makan dan penurunan berat badan secara mendadak. Dah rujuk dgn pihak hospital, tapi still belum pulih sehingga kini… Kini juga mengalami sakit bawah perut area kanan sehingga ke buah pinggang. Adakah ia ada jangkitan sehingga ke anggota bdn yg lain? Mohon pencerahan. TQ.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Batuk berkahak berwarna putih boleh disebabkan oleh beberapa punca tetapi selalunya disebabkan oleh jangkitan virus yang tidak memerlukan rawatan antibiotik.
Dalam hal ini, gejala puan masih tidak sembuh setelah tiga minggu. Jangkitan kuman selalunya disertai oleh gejala lain seperti demam dan kurang selera makan selain badan tidak bermaya.
Kurang selera makan, penurunan berat badan, dan batuk berkahak boleh disebabkan oleh permasalahan yang sama atau permasalahan yang berbeza. Begitu juga dengan sakit bawah perut.
Sangat jarang semua gejala yang disebutkan puan disebabkan oleh satu jangkitan.
Nasihat kami untuk puan adalah bertemu dengan doktor di klinik atau hospital untuk konsultasi dan rawatan lanjut atau klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.