
Sulit
4 tahun
Batuk berkahak Dan gastrik
Saya berumur 35 tahun belum berkahwin,. Saya ada sejarah thyroid, Allhamdulillah, sudah sembuh. Sekarang ni, saya batuk kahak hampir 2 bulan. Saya dah Cuba bnyk ubat batuk, tapi masih batuk berkahak. Kahak itu, saya rasa melekat Di leher. Apabila batuk Dan Mengeluarkan kahak, kahak tersebut agak pekat… Saya penah Di Nab, untuk cairkan kahak, tapi itu rasa hilang kahak Di leher, sebentar sahaja. Kadang ada juga rasa sesak nafas. Tapi, saya tak ada sejarah asma. Dada Kadang2 rasa tegang. Apa yang patut saya laku kan, Dan mohon pencerahan atas masalah saya ni yer… Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala batuk berkahak berpanjangan yang anda alami boleh disebabkan:
- Penyakit tibi
- Alahan pada asap seperti asap rokok atau jerebu
- Jangkitan virus influenza
- Penyakit COPD - sekiranya anda seorang perokok atau mempunyai sejarah keluarga dengan penyakit ini
- Ketumbuhan dalam saluran udara atau paru-paru
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.