
Anonymous
2 tahun
Batuk berkahak hampir sebulan
Saya mula batuk sebulan yang lalu, simtom awal adalah tekak terasa geli ketika bernafas pada waktu malam, sehingga sakit tekak yang beransur pulih tapi kini masalah kahak yang terasa dalam di dada sehingga boleh ‘dirasa’ seperti wheezing ketika menghembus nafas. Setakat ini telah banyak ubat diambil (expectorant dan antibiotik) tetapi mukus tidak berhenti mengalir menjadi kahak, seperti post nasal drip. Apa perlu saya lakukan?

6 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Antara punca kahak berlebihan adalah
- Tekak kering akibat persekitaran dingin seperti bilik berhawa dingin
- Kurang minum air
- Mengambil minuman sperti kopi, teh dan alkohol
- Merokok
- Pengambilan ubat tertentu
- Terdedah kepada habuk atau allergen
- Jangkitan kuman
- Radang tekak
- Makan makanan pedas, berlemak atau berminyak
- Lendiran dari rongga hidung yang turun ke tekak “post nasal drip”
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk kepada doktor kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat
Sila berbincang dengan doktor kami untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih