
Sulit
3 tahun
Batuk berkahak hingga sakit dan perit kat dada
Saya wanita dlam 40an,saya telah lama batuk mngkin disbbkan anak saya pelihara kucing dirumah,dan apabila batuk makin teruk anak saya telah kurung kucing itu dlam blik,dan keadaan batuk saya agak berkurang tp masih batuk lg dan hingga kini bila batuk atau bersin ia terasa sakit dan perit kat dada,apakah sebenar penyakit saya doktor,saya sebelum ni ada asma

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala batuk berkahak dan kesakitan di bahagian dada. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan gejala anda. Antaranya:
- Jangkitan bakteria atau virus- Anda akan masih berkahak sehingga jangkitan tersebut reda
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.