norazni.baha
6 tahun
Batuk berkahak selepas pulang dari indonesia
Saya baru pulang dari surabaya indonesia 2 hari lepas dab sejak pagi tadi mengalami batuk berkahak dan kerongkong tidak selesa. Selain itu saya juga mengalami cirit birit sejak 4 hari lepas mungkin disebabkan terlalu banyak makan sambal penyet di sana. Sebelum bertolak ke surabaya pada 29hb feb lepas saya memang ada sedikit gejala batuk tetapi sudah hilang ketika di sana. Saya risau jika saya dijangkiti covid19 kerana saya tinggal bersama ibu, abang, ipar dan anak buah yg masih kecil. Bagaimana saya nak pastikan saya hanya batuk biasa?
6 tahun
Salam sejahtera.
Saya memahami tentang kebimbangan anda mengenai risiko jangkitan COVID19. Berdasarkan simptom batuk berkahak yang anda hadapi, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori seperti berikut:
Risiko sederhana rendah: Anda perlu menjalani kuarantin kendiri sekurang-kurangnya 14 hari. Ada juga perlu untuk memantau perkembangan kesihatan badan anda seperti suhu badan dan mengawasi sebarang simptom COVID-19 seperti batuk, kesukaran bernafas dan demam.
Risiko sederhana : Anda digalakkan untuk pergi ke hospital ataupun klinik bedekatan untuk melakukan pemeriksaan khas bagi COVID-19.
Risiko tinggi: Anda perlu untuk pergi ke fasiliti kesihatan dengan kadar segera. Sekiranya anda didapati positif COVID-19, anda akan dirujuk kepada hospital khas dan mendapatkan rawatan lanjut. Anda juga akan dikuarantin di fasilit kesihatan tersebut untuk tujuan pemantauan.
Selain daripada jangkitan COVID-19, gejala batuk berkahak boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan bakteria / virus
- Radang sinus
- Allergic Rhinitis
- Keradangan
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal) Anda boleh bercakap terus dengan doktor KKM secara percuma bagi masalah virus ini.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































