
Sulit
5 tahun
Batuk berkahak, Selesema dll
Saya F/26 tahun menetap di Putrajaya. Kini mengalami:
- Sakit sendi
- Selesema
- Batuk berkahak (kuning)
- Sakit tekak
- Sakit dada (Kesukaran bernafas/Sedikit sesak dada terutama waktu malam)
Saya berpendapat mungkin sakit tekak berpunca saya berdengkur terlalu kuat (possible sleep apnea diagnose oleh doktor sebelum ini) tapi selepas waktu malam tersebut, saya terus batuk berkahak dan sakit tekak tk boleh telan makanan.
Saya tidak mempunyai simptom demam. Tetapi saya mempunyai acara majlis perkahwinan ahli keluarga pada minggu lepas dan minggu ini di Pahang. Saya tidak mempunyai kontak rapat dgn pesakit covid-19 dan tidak mempunyai rekod perjalanan ke luar negara, tetapi saya bekerja di salah sebuah sektor hospital awam & dimaklumkan ada sesetengah penjawat awam yg ahli keluarganya positif covid-19.
Untuk makluman, saya serta ibu ayah dan adik saya juga telah mula menunjukkan simptom batuk berkahak dan selesema.
Adakah kami perlu pergi ke klinik berdekatan untuk further testing?

5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Saya memahami kebimbangan anda. Menurut WHO, simptom-simptom yang lazim dilapor ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)- Suhu normal ialah 36.5-37.5 darjah celcius
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Berdasarkan simptom yang anda alami iaitu selesema, batuk berkahak,sakit tekak, sakit sendi dan sakit dada, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain daripada jangkitan COVID-19, gejala anda boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan kuman atau virus lain (influenza)
- Allergic Rhinitis
- Alahan
- Masalah sinus
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini