
Sulit
4 tahun
Batuk Berlarutan pada setiap hari,terutama pada waktu malam
Saya seorang wanita, berumur 21 tahun.
Saya mengalami batuk yang berpanjangan selama hampir 3 bulan. Batok kerap berlaku pada waktu malam. Kadang-kadang batuk saya mengeluarkan darah. Adakah saya hanya batuk biasa atau mempunyai gejala penyakit lain? Apa yang patut saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala batuk berpanjangan yang anda alami boleh disebabkan:
- Kesan jangkitan influenza - virus influenza mempunyai pelbagai jenis
- Radang saluran udara - akibat jerebu, jangkitan virus/kuman
- Jangkitan paru-paru - seperti pneumonia atau tibi
- Luka pada tekak - akibat batuk berpanjangan sebelumnya
Untuk mengatasi masalah-masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.