
Sulit
4 tahun
Batuk berpanjangan dan selalu geli tekak
Ibu saya dalam 53 dan mengalami batuk berpanjangan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang ibu anda hadapi iaitu batuk berpanjangan. Untuk makluman anda, masalah ini dapat berpunca daripada:
- Penyakit asma - asma kerap menyerang pada waktu malam
- Asid refluks (gastrik) - asid perut yang memasuki saluran udara boleh menyebabkan refleks batuk berpanjangan
- Penyakit tibi -
- Jangkitan saluran udara oleh virus disertai dengan kesan jerebu
- Kanser merebak ke paru paru
Sekiranya ibu anda megalami sesak nafas, batuk berdarah, demam atau muntah-muntah, kami sarankan ibu anda berjumpa dengan doktor yang berdekatan dengan segera bagi menerima rawatan yang sesuai. Anda diminta untuk terus berjumpa dengan doktor berdekatan bagi membincangkan kondisi anda.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami dalam talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan tekak boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.