
apache_slayer84
2 tahun
Batuk berpanjangan menyebabkan semput
Saya diberi ubat mucolix elixer. saya sedang bekerja boleh ke saya makan? adakah mucolix ni menyebabkan mengantuk? jika ya kalau saya skip siang hnya makan waktu mlm boleh ke?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Secara dasarnya, pengambilan ubat Mucolix Elixir tidak membuatkan seseorang itu mengantuk. Namun sekiranya anda pernah mengambil ubat ini dan merasai mengantuk, anda boleh menukar waktu pengambilannya. Ubat ini bukanlah antibiotik dan pengambilannya perlu mengikut sukatan dos dan boleh diubah waktu pengambilan. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.