
Sulit
3 tahun
Batuk berpanjangan selama lebih 4 bulan sampai sekarang
ibu saya berumur 49 tahun dan telah mengalami batuk berpanjangan selama 4 bulan. Batuk yang dia alami adalah batuk kering (tidak berkahak dan tak pernah batuk berdarah dalam tempoh tersebut). Pelbagai jenis ubat batuk dia dah ambil tapi masih tak berhenti juga. Dia dah pergi hospital kerajaan, buat x-ray untuk peparu dan doktor cakap peparu dia okay. Dia diberi ubat sedutan asma. Tapi ubat tersebut buat batuk dia lagi teruk jadi dia berhenti ambil. Lepastu, dia pergi ke doktor pakar leher. Di sana doktor masukkan tiub untuk lihat kalau dinding esophagus dia ada jangkitan. Still, tiada apa-apa. Dia dibagi ubat dalam bentuk tablet.(Levocetirizine Dihydrochloride 5mg dengan Pantoprazole 40 mg). Selepas beberapa hari dia makan ubat tu dia cakap batuk tu okay sikit. Tapi, bagi saya batuk tu macam tiada perubahan, Setiap malam batuk dia macam teruk. Sampai dia tak boleh nak tidur. Sebabkan benda tu juga darah tinggi dia makin teruk. Ada tak cara lain nak tahu kenapa batuk dia tak berhenti. Kalau nak cakap pasal habuk, saya setiap hari vacuum bilik dia masih juga batuk. Saya risau dengan dia. Jadi harap doktor dapat jawab soalan saya.

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah batuk berpanjangan anak anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asthma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Untuk melegakan batuk anak anda dengan beberapa langkah:
- Mengambil minuman panas tanpa gu;a seperti air lemon dan madu
- Kurangkan makanan pedas dan berminyak
- Jauhi orang lain yang merokok
- Minum air putih dengan kerap
- Dapatkan rehat yang secukupnya
Sekiranya batuk anak anda masih berlanjutan, sila rujuk masalah ini kepada doktor untuk maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.