
shirahhamzah51
2 tahun
Batuk berterusan di waktu malam
saya sering batuk berterusan sehingga sakit dada seperti dada dihentak benda yang berat dan saya hilang selera makan

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala batuk berpanjangan yang anda alami boleh disebabkan:
- Luka pada tekak - akibat asid refluks, jangkitan kuman atau kecederaan
- Radang saluran udara - akibat jangkitan juman atau asap (rokok atau jerebu)
- Jangkitan paru-paru (pneumonia) - sekiranya ada gejala seperti kahak dan demam
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.