
Sulit
4 tahun
Batuk Berterusan hampir 2 bulan
Saya wanita berumur 23. Hampir 2 bulan saya mengalami batuk berterusan. Saya juga telah mengambil ubat batuk tetapi tidak berhasil. Selain itu saya juga mengalami lenguh pada bahagian badan, rasa mual apabila batuk dan pening kepala.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan batuk berpanjangan, antaranya ialah:
- asthma
- refluks asid (GERD)
- keradangan kronik saluran pernafasan (chronic bronchitis)
- penyakit kronik sistem pernafasan
- jangkitan paru-paru seperti pneumonia
- jangkitan tuberculosis
Jika anda mempunyai simptom-simptom yang saya senaraikan di bawah, anda hendaklah berjumpa dengan segera:
- batuk berdarah
- berpeluh ketika tidur waktu malam
- demam
- sesak nafas
- kehilangan berat badan
- sakit pada bahagian dada
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.