
Sulit
5 tahun
Batuk berterusan hampir sebulan
Saya wanita berusia 32tahun…saya mengalami batuk berterusan selama hampir sebulan…pada 12/9/2019 saya ditahan di hospital swasta gara-gara mengalami demam,selsema dan batuk selama seminggu…doktor telah membuat pemeriksaan secara keseluruhan termasuk xray…doktor mengesahkan saya bebas dari gejala denggi dan influenza tapi doktor ada memberi tahu terdapat sedikit jangkitan virus di paru-paru kanan saya…saya ditahan di wad selama 3hari…setelah dibenarkan keluar,batuk saya tidak pulih dan berterusan sehingga sekarang…selama tempoh tersebut,saya mengalami kesukaran untuk tidur dan membuat tugasan harian gara-gara batuk yang mengganggu…dada saya jgk jadi sesak dan sakit peri ketika bernafas…doktor jgk bekalkan ubat batuk dan antibiotik utk dihabiskan…persoalannya,apa rawatan lain yg harus saya lakukan? Saya risau keadaan paru-paru saya, saya tau batuk bukanlah penyakit tapi simptom pada sesuatu sakit. Mohon pencerahan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, batuk berterusan serta sesak nafas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.